SEJARAH KAMBING KATJANG
Kambing kacang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan
Indonesia. Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya
kecil dan pendek, kambing kacang amat tahan lasak. Mengikut kajian Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung
merupakan kambing kacang (asli), selebihnya adalah kambing kacukan dengan
pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.
Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang
melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat
pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi,
mukanya kelihatan lurus dan tirus.
Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari
bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar. Warna bulu biasanya hitam,
coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Purata
ketinggian 55-60 cm. kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu
adalah sedikit iaitu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan).
Berat lahir ialah 1.6 kg (jantan) dan 1.8 kg (betina) manakala berat dewasa,
25-30 kg (jantan) dan 20-25 kg (betina).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan